Saturday, August 4, 2012

Abstrak Kajian Permasalahan Amalan Pengajaran


Permasalahan Amalan P&P Dalam Kalangan Guru Pelatih Praktikum KPLI LPBS j-QAF

Oleh,

Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
 

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian kes ke atas sembilan orang guru pelatih program KPLI LPBS j-QAF yang sedang menjalani latihan praktikum bagi mengenalpasti permasalahan yang sering dihadapi dan puncanya. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan latihan praktikum melalui penyeliaan berfokus. Data kajian diperoleh daripada pemerhatian ke atas amalan pengajaran dalam bilik darjah. Data yang diperoleh direkodkan sebagai catatan anekdot. Data juga diperoleh daripada temubual dengan guru pelatih untuk mengenalpasti punca setiap masalah praktikum.  Kajian ini mendapati enam permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru pelatih iaitu kurang berjaya menjalankan penilaian aras bagi setiap langkah pengajaran, kurang berjaya melaksanakan kepelbagaian teknik pengajaran & pembelajaran, kurang mahir menerapkan kemahiran berfikir, kurang berjaya menerangkan pemikiran reflektif, kurang berjaya menggunakan Bahan Bantu Mengajar secara berkesan, kurang berjaya mengawal kelas semasa P&P. Kajian ini juga mendapati antara punca permasalahan praktikum ialah bimbingan keguruan semasa interaksi bersemuka yang kurang berkesan, latihan praktikum dijalankan sebelum sukatan pelajaran kursus keguruan disempurnakan ketika interaksi bersemuka, tiada pendedahan kemahiran belajar dalam struktur kursus dan tiada keselarasan format refleksi pengajaran. Semoga hasil kajian ini dapat membantu guru pelatih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keguruan yang diperlukan oleh sistem pendidikan arus perdana di Malaysia. Penyelidik mencadangkan penyelidikan lanjutan berasaskan kepada setiap permasalahan yang telah dizahirkan dalam kajian ini.     

Wednesday, January 11, 2012

Abstrak Kajian Permasalahan Praktikum

Berikut ini saya perturunkan abstrak kajian permasalahan praktikum yang telah saya jalankan dalam kalangan Guru Pelatih Praktikum sepanjang tahun 2009. Artikel telah dikemukakan kepada pihak IPG KSAH untuk tujuan penerbitan dalam Jurnal Penyelidikan.  Stakat ini jurnal tersebut masih belum diterbitkan.

Permasalahan Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Jabatan Pendidikan Islam & Moral

Kajian ini ialah kajian kes ke atas sembilan orang guru pelatih program KPLI LPBS j-QAF yang sedang menjalani latihan praktikum bagi mengenal pasti permasalahan yang sering dihadapi dan puncanya. Kajian ini diharapkan dapat membantu bagi meningkatkan keberkesanan latihan praktikum melalui penyeliaan berfokus. Data kajian diperoleh daripada analisis ke atas dokumen yang terdiri daripada Buku Rancangan Pengajaran Harian dan portfolio yang disediakan oleh guru pelatih. Dokumen sokongan lain yang dianalisis ialah  Struktur Program LPBS, Modul Interaksi j-QAF dan Huraian Sukatan Pelajaran. Data juga diperoleh daripada temu bual dengan guru pelatih untuk mengenal pasti punca setiap masalah praktikum.  Dapatan kajian ini mendapati enam permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru pelatih iaitu kecelaruan dalam penetapan aras bagi hasil pembelajaran, kurang berjaya merancang kepelbagaian teknik pengajaran dan  pembelajaran, kurang penerapan kemahiran berfikir, kurang menguasai penulisan refleksi yang bermakna, tiada analisis bermakna setiap ujian yang dijalankan dan kurang mahir dalam penulisan jurnal mingguan yang bermakna.   Kajian ini juga mendapati antara punca permasalahan praktikum ialah bimbingan semasa interaksi bersemuka yang kurang berkesan, latihan praktikum dijalankan sebelum sukatan pelajaran kursus perguruan disempurnakan ketika interaksi bersemuka, tiada pendedahan kemahiran belajar dalam struktur kursus, tiada keselarasan format penulisan refleksi pengajaran dan tiada pendekatan yang jelas tentang kaedah penulisan jurnal. Semoga hasil kajian ini dapat membantu guru pelatih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keguruan yang diperlukan oleh sistem pendidikan arus perdana di Malaysia. Penyelidik mencadangkan penyelidikan lanjutan berasaskan setiap permasalahan yang telah dizahirkan dalam kajian ini.

ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN

Berikut ini saya perturunkan abstrak kajian tindakan yag telah saya jalankan dalam kalangan Guru Pelatih Praktikum pada semester 1/2011. Semoga abstrak ini akan mencetus perkongsian lanjut dalam kalangan warga pendidik.  Kertas ini telah dibentang pada 20 Oktober 2011 dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Zon Utara di IPG Kampus Pulau Pinang.

APLIKASI JARAWAK UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT PENILAIAN ARAS HASIL PEMBELAJARAN SETIAP LANGKAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh;
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Guru Cemerlang
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mempertingkatkan kemahiran membuat penilaian aras HP bagi setiap langkah P&P dalam kalangan GPP. Berdasarkan pengalaman penyelidik menyelia praktikum didapati GPP tidak mahir membuat penilaian aras HP setiap langkah P&P.  Penyelidik telah memerhati amalan membuat penilaian dalam kalangan peserta kajian dan didapati bahawa mereka juga tidak melakukannya kerana sukar untuk membuat penilaian dalam kalangan murid yang sangat ramai kerana akan melibatkan masa yang lama. Penyelidik telah membina modul JARAWAK untuk membantu GPP membuat penilaian aras. GPP telah dibimbing untuk membina JARAWAK bermula daripada membuat ujian pengkelasan murid, menganalisis dapatan ujian, membina JARAWAK dan aplikasi JARAWAK dalam bilik darjah.  Kajian ini dijalankan dalam kalangan tiga orang GPP PISMP semester tujuh. Dapatan kajian berasaskan pemerhatian penyelidik terhadap amalan P&P di lapangan dan analisis dokumen RPH.  Kajian ini telah mendapati bahawa GPP begitu mahir membina ujian pengkelasan murid dan menganalisis secara lebih bermakna.  Dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan modul JARAWAK telah berjaya meningkatkan kemahiran membuat penilaian aras HP bagi setiap langkah P&P dalam kalangan peserta kajian. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu GPP untuk meningkatkan kemahiran menilai aras HP. Manakala Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia pula dapat membimbing dan menyelia GPP secara berkesan.

Monday, April 4, 2011

FASA PEMANTAUAN PRAKTIKUM

Salam buat semua Guru Pelatih yang sedang menjalani praktikum di sekolah. Saya suka memperingatkan anda bahawa tidak mengmabil mudah dengan aspek penyeliaan dan bimbingan praktikum. Lazimnya kedapatan GP yang mula cuai dengan praktikum setelah tamat penyeliaan bersama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Kedapatan GP yang tidak lagi menulis RPH dan tidak melengkapkan portfolio terumata jurnal mingguan. Saya suka mengingatkan semua GP bahawa selagi tempoh praktikum belum tamar sepenuhnya, maka lawatan masih tetap diteruskan oleh pemantau hingga ke hari yang terakhir. Saya mengharapkan anda bersabar dengan tempoh ini. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri. Lawatan pemantau adalah penentu terakhir pemarkahan praktikum anda. Saya mendoakan anda akan sentiasa sabar, bersedia, profesional dan iltizam dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda.

Tuesday, January 11, 2011

PRAKTIKUM SEMESTER 1/2011

Assalamualaikum,

Praktikum semester 1/2011 sudah bermula. Saya telah dipertanggungjawab menyelia beberapa orang pelajar pada semester ini.

Praktikum PISMP Ambilan Januari 2008 SK Sungai Lalang (:
1. Muhd Musadiq bin Awang @ Yaacob
2. Mohd Zulfadhli Bin Muhammad
3. Nik Mohd fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed.

Praktikum KDPM KDC SABK Ambilan November 2007 SMA Al-Hidayah, Kuala Kurau:
1. Suryani Binti Shahrom
2. Mohd Rozi Bin Abdul Wahab
3. Mohamed Shahril Bin Ibrahim

Praktikum KPLI (SM) Ambilan November 2009 SMA Fauzi, Yan Kechil (16 Januari - 14 April 2011):
1. Ahmad Shazali Ahmad Fauzi (IPGKB)
2. Shukriah Shafie (IPGKB)

Saya mohon kepada pelajar di bawah penyeliaan saya supaya merujuk kepada kandungan blog ini terlebih dahulu sebelum saya hadir interaksi bersemuka bagi meningkatkan keberkesanan perkongsian ilmu & kemahiran.

Wednesday, September 22, 2010

SELAMAT MERAIKAN AIDIL FITRI


Saya merakamkam ucapan tahniah kepada semua guru dalam perkhidmatan dan guru pelatih praperkhidmatan yang beragama Islam di atas kejayaan melaksanakan perintah Allah SWT iaitu berpuasa fardhu sepanjang bukan Ramadhan yang lalu.

Saya juga mengucapkan Selamat Meraikan Aidil Fitri sebagai tanda kejayaan mengharungi cabaran sepanjang melaksanakan ibadah tersebut.

Saya juga mendoakan agar semua dapat meneruskan cabaran enam hari berpuasa pada bulan Syawal demi ganjaran berpuasa sepanjang tahun.

Allahu Akbar walillahil Hamd.

Saturday, January 23, 2010

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 7

Masalah praktikum ketujuh ialah penerapan Kemahiran Berfikir yang sangat terhad yang berulang-ulang dengan kemahiran yang sama. Masalah ini telah menyebabkan guru tidak tahu untuk mencungkil kemahiran berfikir dalam kalangan murid dan sesi P&P dilakasanakan berpusatkan guru. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih didapati bahawa mereka tidak arif tentang kemahiran berfikir.

PERNYTAAN MASALAH PRAKTIKUM 6

Masalah praktikum keenam ialah tidak mengaitkan Pengetahuan Sedia Ada (PSA) dengan penetapan aras. Masalah ini telah menyebabkan aras yang dinyatakan telah dicapai sebelum sesi P&P dijalankan. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih didapati bahawa mereka tidak menyedari hubungan antara kedua-dua elemen dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Berdasarkan analisis saya, kemungkin masalah ini berpunca daripada susun atur dua elemen ini yang dijarakkan oleh beberapa perkara lain seperti Kemahiran Berfikir, Perentasan dan sebagainya. Sepatutnya dua elemen ini disusun berturutan untuk mewujudkan hubungan saling berkait.

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 5

Masalah praktikum kelima ialah perancangan aktiviti tidak lengkap yang menyebabkan sesi P&P dilaksanakan ikut kesempatan dan apa terfikir dan terlintas secara sepontan. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih, mereka tidak mampu untuk mengolah aktiviti P&P. Mereka juga tidak dapat mencadangkan lima aktiviti bagi setiap langkah kerana sukar untuk mengenalpasti manakah teknik P&P yang sesuai untuk dilaksanakan.

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 4

Masalah praktikum keempat ialah tiada penilaian dibuat oleh guru pelatih. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih didapati mereka sangat bergantung kepada ujian bulanan dan semester yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Mereka juga tidak mengetahui jenis dan kepentingan ujian sebagai alat penilaian untuk membantu guru mambuat penambahbaikan yang berterusan terhadap P&P. Jika adapun ujian yang dibuat ialah bersifat umum yang tidak memberikan banyak makna, tiada analisis dan tidak dinyatakan segmentasi melalui headcount. Ketiadaan ujian dan analisis yang terliti menyebabkan guru pelatih tidak dapat memberikan fokus kumpulan sasaran semasa melaksanakan sesi P&P. Oleh sebab itu didapati guru pelatih tidak menjalankan aktiviti penilaian bagi setiap aras semasa sesi P&P sedang dilaksanakan.

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 3

Masalah ketiga ialah penulisan refleksi yang tidak berfokus menyebabkan kenyataan yang dizahirkan bersifat umum dan tidak bermakna untuk penambahbaikan. berdasarkan temubual dengan guru pelatih didapati bahawa mereka masih kabur dengan catatan refleksi memandangkan sesi perbincangan yang diadakan ketika cuti terlalu padat dengan jadual kuliah. ( Rujuk cadangan penulisan refleksi dalam blog ini ).

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 2

Masalah kedua ialah penulisan jurnal yang kurang berkesan yang menzahirkan tiada rumusan dan tindakan yang konkrik dan sistematik yang diambil dan dicadangkan. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih, didapati bahawa guru pelatih tidak dibekalkan dengan contoh jurnal yang konkrik. Berdasarkan pengalaman praktikum didapati pernah wujud suatu masa bahawa penulisan jurnal disusun mengikut urutan Kajian Tindakan (KT). Penulisan jurnal format ini disusun seperti berikut:
1. Masalah atau isu.
2. Refleksi atau perasaan terhadap isu.
3. Cadangan alternatif langkah mengatasi.
4. Laporan pelaksanaan setiap alternatif yang dicadangkan dalam perkara 3.
5. Masalah atau isu berbangkit hasil pelaksanaan alternatif dalam 3 dan 4.
6. Cadangan langkah mengatasi pada masa akan datang.

PERNYATAAN MASALAH PRAKTIKUM 1

Sepanjang menyelia praktikum guru pelatih praperkhidmatan kedapatan beberapa masalah yang memerlukan perhatian khusus semua pihak yang terlibat.

Masalah pertama ialah penetapan atau pemilihan aras tidak mengikut Taksonomi Bloom yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&) tidak berjalan lancar dan antiklimaks. Penyusunan aras sering mempengaruhi aliran proses P&P. Berdasarkan temubual dengan guru pelatih didapati bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan tentang Taksonomi Bloom. Setelah dirujuk kepada modul yang dibekalkan kepada guru pelatih Program Latihan Berasaskan Sekolah, maka didapati teori berkenaan akan dibincangkan dengan guru pelatih dalam interaksi akhir selepas selesai praktikum dalam topik penilaian.

Sunday, December 13, 2009

CADANGAN PENYELIAAN PRAKTIKUM JQAF SEM 1/2009

1 ABD AZIZ BIN ISMAIL PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SRI KULIM AZMI BIN KHAMIS MOHD SHUKRI AHMAD
2 AFWAN BINTI JAAFAR PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TAMAN HI-TECH AZMI BIN KHAMIS MOHD SHUKRI AHMAD
3 AISHAH BT MOHD SALIM PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK HUJUNG BANDAR AZMI BIN KHAMIS JAZMI MD ISA
4 CHE SURIANI BT ROMLI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK AIR MERAH ISMAIL MAT LUDIN RIDHUAN AHMAD
5 HASHIMAH BT AZIZAN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK BANDAR BARU SUNGAI LALANG AZMI BIN KHAMIS ISHAK ABD MANAF
6 ISMAIL BIN AHMAD @ BAHARUM PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI LAYAR ISMAIL MAT LUDIN RIDHUAN AHMAD
7 KHAIRIL AMIR BIN MOHD RIFAIN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK KUALA NERANG AZMI BIN KHAMIS ISHAK ABD MANAF
8 MARNI SUNWANTI BINTI YUSOF PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK JALAN PAYA BESAR ISMAIL MAT LUDIN RIDHUAN AHMAD
9 MAZIAH BINTI IBRAHIM PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI ULAR AFIFAH ABU BAKAR HASANALDIN SAIDON
10 MOHAMAD ADELI BIN MOHD NOOR PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK CHEPIR SHABIBAH SHAUFIT AFANDI ABD RAHMAN ABIDIN
11 MOHAMAD KHUSHAIRI BIN ABD RAHMAN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK IBRAHIM SHABIBAH SHAUFIT AFANDI ABD RAHMAN ABIDIN
12 MOHD KHAIRUL SYAFIQ BIN AZZMI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK ALOR JANGGUS ISMAIL MAT LUDIN YAHAYA ABDULLAH
13 MOHD ZOHIR BIN AHMAD PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SERI INAS AFIFAH ABU BAKAR HASANALDIN SAIDON
14 MUHAMAD MUSRAHIDIN BIN MUSA PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK ASAM JAWA HARON BIN ISMAIL ISHAK ABD MANAF
15 NABILAH BT NORDIN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK LANAI PARIT PANJANG YAHAYA ABDULLAH ISHAK ABD MANAF
16 NAZWAN BIN MUSTAFFA PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SG SELUANG AFIFAH ABU BAKAR MOHD SHUKRI AHMAD
17 SITI ZURAINA BINTI SAMSUDIN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI KECHIL ULU SHABIBAH SHAUFIT AFANDI ABD RAHMAN ABIDIN
18 NOORHAYU BINTI RAMLI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SRI JERAI RIDHUAN AHMAD ISHAK ABD MANAF
19 NOR ARIMAH BINTI ARIFFIN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK LUNAS JAYA AZMI BIN KHAMIS ISHAK ABD MANAF
20 NOR ASLINA BT ROSLI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TAMAN KENARI SHABIBAH SHAUFIT AFANDI ABD RAHMAN ABIDIN
21 NORHAYATI BINTI ABDUL RAHIM PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK DATO' HAJI ZAINUDDIN SHABIBAH SHAUFIT AFANDI ABD RAHMAN ABIDIN
22 NUR RUZANNA BINTI ABD.RAZAK PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TAMAN SERI WANG AFIFAH ABU BAKAR HASANALDIN SAIDON
23 NUR SYUHADAH BINTI HABANI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK KUALA KETIL ISMAIL MAT LUDIN RIDHUAN AHMAD
24 NUR WAHIDAH BINTI ABDULLAH @ YAACOB PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK PADANG CHICAK SAADIAH HARUN ISHAK ABD MANAF
25 NURHAFIZAH BINTI ABDAN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI PASIR KECHIL SAADIAH HARUN HASANALDIN SAIDON
26 NURUL HUSNA BT MOHAMED PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI SELUANG HARON BIN ISMAIL HASANALDIN SAIDON
27 SASIAH BINTI MAT ISA PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TAMAN KENARI HARON BIN ISMAIL HASANALDIN SAIDON
28 SITI BALKIS BINTI OTHMAN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI LALANG MOHD SHUKRI AHMAD HASANALDIN SAIDON
29 SITI NOREHAN BINTI MAHMUD PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI KOB HARON BIN ISMAIL ISHAK ABD MANAF
30 SITI NORHASHIMA BINTI SAFEE PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TAMAN SELASIH JAZMI MD ISA HASANALDIN SAIDON
31 SITI NUR HIDAYAH BINTI ROSLI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK JALAN PAYA BESAR HARON BIN ISMAIL JAZMI MD ISA
32 SITI ZAWIYAH BINTI MOHD BASARI PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TUNKU ABDUL MALIK WAN MOHD BADRUDDIN ABD RAHMAN ISHAK ABD MANAF
33 ZABIDAH BNTI HASSAN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK TMN JELUTONG WAN MOHD BADRUDDIN ABD RAHMAN YAHAYA ABDULLAH
34 ZAITON NAIM BINTI MT REJAB PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK BANDAR BARU SUNGAI LALANG HARON BIN ISMAIL JAZMI MD ISA
35 MOHD NAJMI BIN MOHAMED DAUD PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK KELIBANG ISMAIL MAT LUDIN YAHAYA ABDULLAH
36 MOHD LUKMAN HAKIM BIN ABDUL RAZAK PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK DATO WAN KEMARA AFIFAH ABU BAKAR HASANALDIN SAIDON
37 MOHD NASIR BIN HUSSAIN @ HARUN PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK SUNGAI LALANG SHABIBAH SHAUFIT AFANDI JAZMI MD ISA
38 MOHD FIRDAUS BIN ISHAK PENDIDIKAN ISLAM AQ/BA SK HOSBA AFIFAH ABU BAKAR HASANALDIN SAIDON

Sunday, August 2, 2009

EDUWEBTV

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,

Pelajar-pelajar yang dihormati, anda boleh membina bahan bantu mengajar dengan menggunakan video yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Video-video yang bersifat tempatan ini mungkin boleh memberikan kesan secara mudah kepada para pelajar kerana serasi dengan kehidupan dan pengalaman mereka. Video-video ini boleh dimuatturun dari laman eduwebtv.

Klik alamat ini untuk ke laman tersebut:

http://www.eduwebtv.com/index7.php

Sekian, didoakan semoga anda akan lebih berjaya dan cemerlang sebagai guru kepada anak bangsa masa kini yang serba canggih.

Thursday, April 23, 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

Sepanjang saya menyelia praktikum, didapati bahawa guru pelatih menghadapi kesukaran untuk memasukkan elemen Kemahiran Berfikir dalam RPH. Berikut dicadangkan beberapa KB untuk aplikasi di bilik darjah:

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

- mencirikan
- membanding dan membezakan
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan
- menyusun mengikut keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meramal
- membuat hipotesis
- mensintesis
- mengitlak
- membuat gambaran mental
- menganalogi
- mereka cipta

Guru pelatih bolehlah membuat rujukan tambahan dari mana-mana sumber.

Friday, February 13, 2009

PENILAIAN

Guru pelatih selalunya tidak melaksanakan ujian atau membuat penilaian sebaik sahaja menjalani latihan praktikum. Setelah berinteraksi dengan para guru pelatih didapati bahawa mereka hanya menunggu untuk melaksanakan ujian yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah.

Oleh sebab itu adalah dicadangkan para guru pelatih melaksanakan ujian mengikut keperluan terutama bagi tujuan memahami keupayaan pelajar masing-masing.

Ujian yang dilaksanakan hendaklah mempunyai konstruk khusus yang berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Item-item yang dibina hendaklah menanggapi setiap konstruk yang dicadangkan.

Setelah ujian dilaksanakan, maka guru pelatih perlu menyediakan analisis. Analisis boleh dibuat berdasarkan taburan bilangan pelajar mengikut kumpulan jantina bagi setiap gred yang ditetapkan. Kemudiannya diikuti dengan analisis headcount yang mengandungi senarai pelajar/murid mengikut gred.

Sunday, February 8, 2009

SENARAI GURU PELATIH PRAKTIKUM & SEKOLAH

AHMAD NIZAM BIN ALI, SK SG ARA
AZUWAR BIN AHMAD, SK SG NIBONG
ERAZIRATUL BINTI ROSDI, SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
NORDALILA BINTI MOHD IBRAHIM, SK JELUTONG
NURUL NAJIHAH BINTI MAT ISA, SK BUKIT GELUGOR
UMI KALSOM BINTI OMAR, SK PERMATANG PASIR
WAHIDATUN NUUR BINTI RUSLI, SK SG RUSA
ZAKIAH BINTI MAMAT, SK TELOK BAHANG
ZAMZA BINTI ZAKARIA, SK BAYAN LEPAS

Sunday, July 20, 2008

Penulisan refleksi P&P

Catatan refleksi sewajarnya mempunyai nilai-nilai objektif yang mudah diukur. Catatan refleksi sepatutnya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Refleksi kepada rancangan ( RPH )
2. Refleksi kepada pelaksanaan P&P hari berkenaan.
3. Refleksi kepada pencapaian pelajar bagi setiap aras.
4. Refleksi kepada persekitaran sama ada ia kondusif atau menjadi gangguan kepada P&P.

Jurnal Mingguan

Penulisan jurnal mingguan sangat penting sebagai refleksi satu minggu berdasarkan keutamaan masalah atau situasi yang diadapi. Sebaiknya penulisan jurnal ini menggunakan borang yang disediakan atau dihurai semula berasaskan tajuk-tajuk yang terkandung dalam borang berkenaan.

Kemukakan pendapat anda mengenai jurnal mingguan untuk perkongsian bersama.

Adalah dicadangkan agar anda menggunakan format borang yang telah disediakan. Borang ini dapat memudahkan anda memahami struktur jurnal dengan jelas. Proses jurnal mingguan adalah seperti berikut:
  1. Peristiwa/Isu/Masalah dalam P&P. Bahagian ini memerlukan anda membuat pernyataan masalah yang berbangkit pada minggu berkenaan. Pilih isu mengikut keutamaan.
  2. Bisikan hati/Perasaan tentang isu yang berbankit. Terangkan pendapat anda berdasarkan pemerhatian terhadap isu utama berkenaan.
  3. Cara atasi/ Alternatif memperbaiki keadaan. Anda perlu memikirkan dan mengemukakan cadangan yang dikira wajar untuk mengatasi masalah dalam Perkara 1. Kemukakan beberapa cadangan jika relevan dan signifikan.
  4. Pelaksanaan alternatif dan keberkesanannya. Laporkan impak yang terhasil daripada pelaksanaan setiap alternatif dalam Perkara 3. Maksudnya setiap alternatif yang telah dilaksanakan perlu dilaporkan kesannya.
  5. Kefahaman baru/kesedaran tentang masalah baru. Setelah semua alternatif dilaksanakan mungkin masalah baru berbangkit pula. Jika ini berlaku, nyatakan masalah berkenaan.
  6. Tindakan pada masa kelak. Cadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang berbangkit dalam Perkara 5.

Penulisan jurnal ini seumpama anda menjalankan Kajian Tindakan dengan prosedur gelongnya yang telah dipermudahkan. Jika anda ada ruang dan peluang, sila dalami mana-mana Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh para penyelidik.