Guru pelatih selalunya tidak melaksanakan ujian atau membuat penilaian sebaik sahaja menjalani latihan praktikum. Setelah berinteraksi dengan para guru pelatih didapati bahawa mereka hanya menunggu untuk melaksanakan ujian yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah.
Oleh sebab itu adalah dicadangkan para guru pelatih melaksanakan ujian mengikut keperluan terutama bagi tujuan memahami keupayaan pelajar masing-masing.
Ujian yang dilaksanakan hendaklah mempunyai konstruk khusus yang berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Item-item yang dibina hendaklah menanggapi setiap konstruk yang dicadangkan.
Setelah ujian dilaksanakan, maka guru pelatih perlu menyediakan analisis. Analisis boleh dibuat berdasarkan taburan bilangan pelajar mengikut kumpulan jantina bagi setiap gred yang ditetapkan. Kemudiannya diikuti dengan analisis headcount yang mengandungi senarai pelajar/murid mengikut gred.
Friday, February 13, 2009
Sunday, February 8, 2009
SENARAI GURU PELATIH PRAKTIKUM & SEKOLAH
AHMAD NIZAM BIN ALI, SK SG ARA
AZUWAR BIN AHMAD, SK SG NIBONG
ERAZIRATUL BINTI ROSDI, SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
NORDALILA BINTI MOHD IBRAHIM, SK JELUTONG
NURUL NAJIHAH BINTI MAT ISA, SK BUKIT GELUGOR
UMI KALSOM BINTI OMAR, SK PERMATANG PASIR
WAHIDATUN NUUR BINTI RUSLI, SK SG RUSA
ZAKIAH BINTI MAMAT, SK TELOK BAHANG
ZAMZA BINTI ZAKARIA, SK BAYAN LEPAS

Sunday, July 20, 2008
Penulisan refleksi P&P
Catatan refleksi sewajarnya mempunyai nilai-nilai objektif yang mudah diukur. Catatan refleksi sepatutnya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Refleksi kepada rancangan ( RPH )
2. Refleksi kepada pelaksanaan P&P hari berkenaan.
3. Refleksi kepada pencapaian pelajar bagi setiap aras.
4. Refleksi kepada persekitaran sama ada ia kondusif atau menjadi gangguan kepada P&P.

Jurnal Mingguan
Penulisan jurnal mingguan sangat penting sebagai refleksi satu minggu berdasarkan keutamaan masalah atau situasi yang diadapi. Sebaiknya penulisan jurnal ini menggunakan borang yang disediakan atau dihurai semula berasaskan tajuk-tajuk yang terkandung dalam borang berkenaan.
Kemukakan pendapat anda mengenai jurnal mingguan untuk perkongsian bersama.
Adalah dicadangkan agar anda menggunakan format borang yang telah disediakan. Borang ini dapat memudahkan anda memahami struktur jurnal dengan jelas. Proses jurnal mingguan adalah seperti berikut:

- Peristiwa/Isu/Masalah dalam P&P. Bahagian ini memerlukan anda membuat pernyataan masalah yang berbangkit pada minggu berkenaan. Pilih isu mengikut keutamaan.
- Bisikan hati/Perasaan tentang isu yang berbankit. Terangkan pendapat anda berdasarkan pemerhatian terhadap isu utama berkenaan.
- Cara atasi/ Alternatif memperbaiki keadaan. Anda perlu memikirkan dan mengemukakan cadangan yang dikira wajar untuk mengatasi masalah dalam Perkara 1. Kemukakan beberapa cadangan jika relevan dan signifikan.
- Pelaksanaan alternatif dan keberkesanannya. Laporkan impak yang terhasil daripada pelaksanaan setiap alternatif dalam Perkara 3. Maksudnya setiap alternatif yang telah dilaksanakan perlu dilaporkan kesannya.
- Kefahaman baru/kesedaran tentang masalah baru. Setelah semua alternatif dilaksanakan mungkin masalah baru berbangkit pula. Jika ini berlaku, nyatakan masalah berkenaan.
- Tindakan pada masa kelak. Cadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang berbangkit dalam Perkara 5.
Penulisan jurnal ini seumpama anda menjalankan Kajian Tindakan dengan prosedur gelongnya yang telah dipermudahkan. Jika anda ada ruang dan peluang, sila dalami mana-mana Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh para penyelidik.
Monday, July 7, 2008
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Anda boleh respon atau memberikan komen di ruangan ini bagi hal yang berkaitan dengan penyediaan RPH untuk kita kongsi ilmu dan pengalaman mengenainya secara bersama.
Kemukakan respon atau komen anda.
RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi
Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:
Aras 2
Aras 3
Pernyataan aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.
Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:
Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:
Kemukakan respon atau komen anda.
RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi
Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:
- Tarikh
- Masa
- Kelas
- Bilangan Pelajar
- Pelajaran
- Bahagian
- Tajuk
- Kemahiran Berfikir
- Penerapan Nilai
- Pengetahuan Sedia Ada
- Hasil Pembelajaran:
Aras 2
Aras 3
Pernyataan aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.
Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:
- Langkah- Setiap langkah mesti relevan dengan aras yang telah ditetapkan iaitu langkah 1 untuk menanggapi Aras 1 dan seterusnya. Setiap langkah sebaiknya mengandungi cadangan penilaian aras dan langkah pemulihan yang bersesuaian.
- Isi Pelajaran- Huraian isi pelajaran secara detail
- Aktiviti. Setiap aktiviti yang dicadangkan sebaiknya mewakili satu teknik pengajaran. Dengan cara ini anda dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dalam setiap langkah. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menarik perhatian pelajar dan mengelakkan kebosanan belajar.
- Catatan
Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:
- Refleksi Guru Pelatih ( Rujuk post berkaitan dalamblog ini )
- Ulasan Guru Pembimbing
- Ulasan Pensyarah Pembimbing.
SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELATIH PERGURUAN.
Laman blog ini dihasilkan untuk perkongsian pintar di kalangan warga pendidikan khususnya para pelatih perguruan.
Diharapkan anda dapat memanfaatkan laman ini seoptima mungkin.
Terima kasih.
Daripada:
USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pensyarah,
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Subscribe to:
Posts (Atom)