Sunday, July 20, 2008

Penulisan refleksi P&P

Catatan refleksi sewajarnya mempunyai nilai-nilai objektif yang mudah diukur. Catatan refleksi sepatutnya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Refleksi kepada rancangan ( RPH )
2. Refleksi kepada pelaksanaan P&P hari berkenaan.
3. Refleksi kepada pencapaian pelajar bagi setiap aras.
4. Refleksi kepada persekitaran sama ada ia kondusif atau menjadi gangguan kepada P&P.

Jurnal Mingguan

Penulisan jurnal mingguan sangat penting sebagai refleksi satu minggu berdasarkan keutamaan masalah atau situasi yang diadapi. Sebaiknya penulisan jurnal ini menggunakan borang yang disediakan atau dihurai semula berasaskan tajuk-tajuk yang terkandung dalam borang berkenaan.

Kemukakan pendapat anda mengenai jurnal mingguan untuk perkongsian bersama.

Adalah dicadangkan agar anda menggunakan format borang yang telah disediakan. Borang ini dapat memudahkan anda memahami struktur jurnal dengan jelas. Proses jurnal mingguan adalah seperti berikut:
  1. Peristiwa/Isu/Masalah dalam P&P. Bahagian ini memerlukan anda membuat pernyataan masalah yang berbangkit pada minggu berkenaan. Pilih isu mengikut keutamaan.
  2. Bisikan hati/Perasaan tentang isu yang berbankit. Terangkan pendapat anda berdasarkan pemerhatian terhadap isu utama berkenaan.
  3. Cara atasi/ Alternatif memperbaiki keadaan. Anda perlu memikirkan dan mengemukakan cadangan yang dikira wajar untuk mengatasi masalah dalam Perkara 1. Kemukakan beberapa cadangan jika relevan dan signifikan.
  4. Pelaksanaan alternatif dan keberkesanannya. Laporkan impak yang terhasil daripada pelaksanaan setiap alternatif dalam Perkara 3. Maksudnya setiap alternatif yang telah dilaksanakan perlu dilaporkan kesannya.
  5. Kefahaman baru/kesedaran tentang masalah baru. Setelah semua alternatif dilaksanakan mungkin masalah baru berbangkit pula. Jika ini berlaku, nyatakan masalah berkenaan.
  6. Tindakan pada masa kelak. Cadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang berbangkit dalam Perkara 5.

Penulisan jurnal ini seumpama anda menjalankan Kajian Tindakan dengan prosedur gelongnya yang telah dipermudahkan. Jika anda ada ruang dan peluang, sila dalami mana-mana Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh para penyelidik.

Monday, July 7, 2008

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Anda boleh respon atau memberikan komen di ruangan ini bagi hal yang berkaitan dengan penyediaan RPH untuk kita kongsi ilmu dan pengalaman mengenainya secara bersama.

Kemukakan respon atau komen anda.

RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi

Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Tarikh
  2. Masa
  3. Kelas
  4. Bilangan Pelajar
  5. Pelajaran
  6. Bahagian
  7. Tajuk
  8. Kemahiran Berfikir
  9. Penerapan Nilai
  10. Pengetahuan Sedia Ada
  11. Hasil Pembelajaran:
Aras 1
Aras 2
Aras 3

Pernyataan aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.

Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Langkah- Setiap langkah mesti relevan dengan aras yang telah ditetapkan iaitu langkah 1 untuk menanggapi Aras 1 dan seterusnya. Setiap langkah sebaiknya mengandungi cadangan penilaian aras dan langkah pemulihan yang bersesuaian.
  2. Isi Pelajaran- Huraian isi pelajaran secara detail
  3. Aktiviti. Setiap aktiviti yang dicadangkan sebaiknya mewakili satu teknik pengajaran. Dengan cara ini anda dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dalam setiap langkah. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menarik perhatian pelajar dan mengelakkan kebosanan belajar.
  4. Catatan

Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Refleksi Guru Pelatih ( Rujuk post berkaitan dalamblog ini )
  2. Ulasan Guru Pembimbing
  3. Ulasan Pensyarah Pembimbing.

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELATIH PERGURUAN.

Laman blog ini dihasilkan untuk perkongsian pintar di kalangan warga pendidikan khususnya para pelatih perguruan.

Diharapkan anda dapat memanfaatkan laman ini seoptima mungkin.

Terima kasih.

Daripada:

USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pensyarah,
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.