Sunday, July 20, 2008

Jurnal Mingguan

Penulisan jurnal mingguan sangat penting sebagai refleksi satu minggu berdasarkan keutamaan masalah atau situasi yang diadapi. Sebaiknya penulisan jurnal ini menggunakan borang yang disediakan atau dihurai semula berasaskan tajuk-tajuk yang terkandung dalam borang berkenaan.

Kemukakan pendapat anda mengenai jurnal mingguan untuk perkongsian bersama.

Adalah dicadangkan agar anda menggunakan format borang yang telah disediakan. Borang ini dapat memudahkan anda memahami struktur jurnal dengan jelas. Proses jurnal mingguan adalah seperti berikut:
  1. Peristiwa/Isu/Masalah dalam P&P. Bahagian ini memerlukan anda membuat pernyataan masalah yang berbangkit pada minggu berkenaan. Pilih isu mengikut keutamaan.
  2. Bisikan hati/Perasaan tentang isu yang berbankit. Terangkan pendapat anda berdasarkan pemerhatian terhadap isu utama berkenaan.
  3. Cara atasi/ Alternatif memperbaiki keadaan. Anda perlu memikirkan dan mengemukakan cadangan yang dikira wajar untuk mengatasi masalah dalam Perkara 1. Kemukakan beberapa cadangan jika relevan dan signifikan.
  4. Pelaksanaan alternatif dan keberkesanannya. Laporkan impak yang terhasil daripada pelaksanaan setiap alternatif dalam Perkara 3. Maksudnya setiap alternatif yang telah dilaksanakan perlu dilaporkan kesannya.
  5. Kefahaman baru/kesedaran tentang masalah baru. Setelah semua alternatif dilaksanakan mungkin masalah baru berbangkit pula. Jika ini berlaku, nyatakan masalah berkenaan.
  6. Tindakan pada masa kelak. Cadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang berbangkit dalam Perkara 5.

Penulisan jurnal ini seumpama anda menjalankan Kajian Tindakan dengan prosedur gelongnya yang telah dipermudahkan. Jika anda ada ruang dan peluang, sila dalami mana-mana Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh para penyelidik.

No comments: