Monday, July 7, 2008

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Anda boleh respon atau memberikan komen di ruangan ini bagi hal yang berkaitan dengan penyediaan RPH untuk kita kongsi ilmu dan pengalaman mengenainya secara bersama.

Kemukakan respon atau komen anda.

RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi

Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Tarikh
  2. Masa
  3. Kelas
  4. Bilangan Pelajar
  5. Pelajaran
  6. Bahagian
  7. Tajuk
  8. Kemahiran Berfikir
  9. Penerapan Nilai
  10. Pengetahuan Sedia Ada
  11. Hasil Pembelajaran:
Aras 1
Aras 2
Aras 3

Pernyataan aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.

Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Langkah- Setiap langkah mesti relevan dengan aras yang telah ditetapkan iaitu langkah 1 untuk menanggapi Aras 1 dan seterusnya. Setiap langkah sebaiknya mengandungi cadangan penilaian aras dan langkah pemulihan yang bersesuaian.
  2. Isi Pelajaran- Huraian isi pelajaran secara detail
  3. Aktiviti. Setiap aktiviti yang dicadangkan sebaiknya mewakili satu teknik pengajaran. Dengan cara ini anda dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dalam setiap langkah. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menarik perhatian pelajar dan mengelakkan kebosanan belajar.
  4. Catatan

Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Refleksi Guru Pelatih ( Rujuk post berkaitan dalamblog ini )
  2. Ulasan Guru Pembimbing
  3. Ulasan Pensyarah Pembimbing.

3 comments:

era said...

assalamua'laikum...

Ust, saya mengalami masalah :

1. masih belum dapat memahami sepenuhnya tentang cara penulisan refleksi kendiri yg sepatutnya ditulis oleh guru pelatih secara detail. Bimbingan dr ust. amatlah diperlukan..

2. waktu b.arab hanya 2 waktu (1 jam) bagi setiap kelas. jika ujian persendirian dilakukan oleh guru pelatih di luar jadual ujian yg telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa praktikum, bagaimanakah cara penulisan RPH yang sepatutnya ditulis oleh saya pada hari saya mengadakan ujian tersebut dan berapakah tempoh masa yang sesuai digunakan?

Semua bimbingan & tunjuk ajar drp ust. amatlah dihargai & didahului dengan ucapan terima kasih..ERAZIRATUL ROSDI, SKCBM.

ustadki said...

Assalamualaikum.

Tq kerana menyertai perbincangan dan respon kepada laman ini.

Maklumat am kelas yang diawai seperti biasa. Beberapa item tidak perlu dimasukkan seperti Maklumat lepas. Ikut keperluan.

HP/Objektif:
1. Mengurus ujian dengan cekap.
2. Memantau bilik peperiksaan sentiasa kondusif.
3. Memastikan sifat tindakan tidak amanah.

Langkah 1,
1. Hadir ke bilik ujian tepat pada masa yang ditetapkan.
2. Memastikan kertas soalan betul seperti ditetpkan.
3. Meminta pelajar supaya bersedia.
4. Mengagihkan kertas soalan.
5. Mengarah pelajar untuk menjawab soalan.

Langkah 2,
1. Meronda bilik darjah setiap 20 minit.
2. Memaklumkan baki masa kepada pelajar.
3. Mengurus pelajar yang ke tandas.
4. Memaklumkan masa sudah tamat.
5. Memungut kertas jawapan.

Langkah 3
1. Mengira kertas jawapan berbetulan dengan bilangan pelajar.
2. Menyemak kertas jawapan untuk mengesan tindakan tidak amanah.

Begitulah lebih kurangnya. Untuk keterangan lebih lanjut, rujuk Setiausaha Peperiksaan untuk dapat prosedur mengawas peperiksaan awam dan ubah suai ikut keperluan setempat.

Buat refleksi seperti biasa yang meliputiempat perkara itu.

ustadki said...

Refleksi Kendiri;
Dah nak habih praktikum dah baru nak tanya. Tp ok.

1. Refleksi Rancangan Pengajaran
Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.

2. Refleksi Pelaksanaan P&P
Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan ppt. Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan ICT.

3. Refleksi Aras
Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 2
Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagal mencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

4. Refleksi Persekitaran
Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.