Sunday, July 20, 2008

Penulisan refleksi P&P

Catatan refleksi sewajarnya mempunyai nilai-nilai objektif yang mudah diukur. Catatan refleksi sepatutnya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Refleksi kepada rancangan ( RPH )
2. Refleksi kepada pelaksanaan P&P hari berkenaan.
3. Refleksi kepada pencapaian pelajar bagi setiap aras.
4. Refleksi kepada persekitaran sama ada ia kondusif atau menjadi gangguan kepada P&P.

3 comments:

kyiyla said...

Assalammualaikum,

saya cikgu laila KDP4M di BTPN Perak,
Boleh tak bagi komen tentang perancangan unit di bawah:

PROJEK LAMAN WEB

Pelajar akan memainkan peranan sebagai Pereka Grafik di sesebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Malaysia. Di mana pelajar dikehendaki menghasilkan laman web sendiri berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan oleh guru. Tujuan penghasilan laman web ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khasnya pelajar-pelajar sekolah , ibu bapa serta guru-guru tentang kelebihan, keperluan teknologi ICTL kini dan bagaimana mengaplikasikannya dalam P&P. Kemudian pelajar akan menjalankan projek tersebut secara berkumpulan dengan mempersembahkan laman web mereka ketika minggu kokurikulum sekolah. Perisian yang digunakan adalah seperti MS Word dan MS Publisher bagi menghasilkan laman web tersebut. Pelajar akan memaparkan hasil kerja mereka menggunakan beberapa perkakasan multimedia seperti LCD projector, skrin dan sebagainya untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Selain itu, pelajar akan menghasilkan brosur yang mengandungi informasi bagaimana untuk melayari laman web yang telah dihasilkan pelajar. Persembahan laman web akan ditayangkan ketika minggu kokurikulum yang dijalankan. Blog akan disediakan sebagai sebagai salah satu capaian kepada laman web sekolah. Ibu bapa akan dimaklumkan mengenai capaian tersebut melalui surat makluman. Brosur akan diperbanyakkan untuk diedarkan ketika persembahan laman web dijalankan. Laman web yang telah dihasilkan oleh pelajar akan dinilai dan dipaparkan di blog yang disediakan oleh guru.

ustadki said...

Nama Projek: Projek Laman Web Sekolah.
Peranan Pelajar: Pasukan web master atau web designer dari syarikat pengiklanan yang telah memperolehi tender menghasilkan laman web sekolah.
Matlamat: Memberi kesedaran kepada warga sekolah dan para waris tentang relevancy aplikasi ICTL dalam proses memperoleh ilmu dan merupakan faktor kejayaan kritikal proses P&P bertaraf dunia.
Produk: Laman web, blog, brosur.
Penilaian: Penilaian yang sesuai digunakan ialah rubrik untuk ketiga-tiga produk dan senarai semak perkembangan projek.
Audience: Guru, pelajar dan waris yang akan mengikuti majlis pelancaran laman web sekolah sempena Hari Kokurikulum.
Task: Pada hari pelancaran laman web sekolah, sebahagian pasukan web master akan mengedarkan brosur informasi tentang laman web. Manakala sebahagian yang lain akan bertugas sebagai pegawai teknikal yang bertanggungjawab memasang peralatan yang diperlukan seperti LCD, laptop dan sebagainya. Pengacara akan menerangkan sedikit senario pembangunan laman web tersebut dan seterusnya mempersilakan GB untuk menekan button khas bagi merasmikan pelancaran laman web sekolah. Selepas itu, jurucakap syarikat akan menerangkan kekuatan laman web tersebut, keistimewaannya dan cara menggunakannya.

Saya kira projek ini menarik. Teruskan. Sebarang masalah boleh dikongsi di laman ini.

Terima kasih.
Ustadki

kyiyla said...

terima kasih ustaz. di harap saya akan mendapat bbrp komen dan pendapat yang bernas dr ustaz. tq